Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Suspek Rancang Serangan Di Malaysia Ditahan

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID ABU BAKAR_SECURITY_I CITYKuala Lumpur – Polis mematahkan cubaan serangan berani mati di negara ini yang diarahkan oleh kumpulan pengganas Daesh dengan tertangkapnya seorang suspek di ibu negara semalam.

Mendedahkan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek rakyat Malaysia berusia 28 tahun itu (jantina tidak dinyatakan) yang disyaki anggota kumpulan Daesh ditangkap di stesen LRT Setiawangsa.

“Suspek mengaku telah merancang untuk melancarkan serangan bunuh diri (suicide bombing) di Malaysia selepas menerima arahan daripada Daesh di Syria,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek merupakan individu yang bertanggungjawab menggantung bendera Daesh di beberapa lokasi di sekitar Terengganu, Perak, Selangor dan Johor.

Tindakan itu kononnya bertujuan memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan operasi penangkapan ke atas anasir-anasir Daesh, juga dikenali sebagai militan IS (Islamic States) di negara ini, kata Khalid.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.