Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Suspek Tikam Ibu Ditahan Polis

Kongsi maklumat ini
Tags

sjtAMPANG – Seorang lelaki berusia 22 tahun yang melarikan diri selepas menikam ibunya di tahan polis di Pandan Indah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek dijumpai merayau-rayau berseorangan sebelum dibawa ke Balai Polis Pandan Indah.

“Anggota Bahagian MPV Pandan Jaya telah tahan dan tangkap suspek kira-kira jam 1 pagi.

“Suspek akan di reman di Mahkamah Kuala Lumpur bersabit kes tikam di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Zainuddin, suspek yang beralamat di Persiaran Rejang, Setapak Jaya akan di reman pagi ini di Mahkamah Kuala Lumpur.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, mangsa, seorang guru agama di Sekolah Rendah Al-Amin, cedera parah ditikam di perut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, di Setapak Jaya, Isnin lalu.

Polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek berusia 21 tahun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.