Kiriman pada: Tue, Jul 29th, 2014

Susur Masuk Jalan Ulu Klang 2 Ke Lebuhraya Akleh Ditutup Bermula 4 Ogos

Kongsi maklumat ini
Tags

aklehKuala Lumpur – Susur masuk Jalan Ulu Klang 2, berhampiran hotel Flamingo, ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) akan ditutup antara pukul 10 malam hingga 5 pagi dari 4 Ogos hingga 9 Ogos ini.

Menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), penutupan itu adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di susur masuk jalan berkenaan.

Para pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif atau susur masuk Jalan Kerja Air Lama sepanjang tempoh penyelenggaraan.

“Mereka juga perlu mematuhi papan tanda serta arahan kakitangan Prolintas yang bertugas di kawasan terlibat sepanjang tempoh penutupan.

Para pengguna juga boleh menghubungi talian ‘hotline’ Akleh : 1300-88-1012 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat terkini boleh didapati melalui Twitter – AKLEHtrafik atau layari laman web http://www.prolintas.com.my.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.