Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

SWCORP N.SEMBILAN KELUARKAN 6,557 SURAT PERINGATAN MESRA SEHINGGA 22 JAN

Kongsi maklumat ini
Tags

20151020_swcorp_director_Zainal_Fitri_Ahmad_(centre)_-_elvina_fernandezSeremban – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 6,557 surat peringatan mesra kepada pemilik premis yang tidak menjalankan pengasingan sisa pepejal di punca di Negeri Sembilan sehingga 22 Jan lepas.

Pengarahnya Zainal Fitri Ahmad berkata pihaknya juga telah memeriksa 112,225 buah premis sehingga kini dan Ops Mati Hati akan tetap diteruskan sehingga 1 Jun depan.

“Melalui Ops ini, masyarakat akan diberikan pendedahan dan pendidikan mengenai kaedah pengasingan sisa pepejal di punca dengan cara yang betul,” katanya kepada Bernama .

Ops Mata Hati yang dilancarkan pada 1 Julai 2015 lepas bertujuan untuk memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah.

Operasi pemantuan dari rumah ke rumah itu dilancarkan secara serentak di negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Langkah itu bertujuan memastikan masyarakat dapat membiasakan diri dengan penguatkuasaan dasar itu pada Jun depan.

Melalui operasi itu, premis yang belum melaksanakan pengasingan sisa akan diberikan surat peringatan mesra.

Proses pengasingan sisa di punca membabitkan pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa iaitu plastik, kertas, logam, sisa pukal dan sisa kebun dimasukkan dalam beg plastik berasingan dan diikat serta diletakkan di tepi tong sampah beroda pada hari kutipan.

Sementara itu, Zainal Fitri menggesa orang ramai untuk mengurangkan janaan sampah dengan melakukan kitar semula.

Katanya terdapat banyak janaan sampah yang boleh dikitar semula terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.