Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris, Peperiksaan Pusat Amali Sains Ditangguhkan

Kongsi maklumat ini
Tags

kdjrPutrajaya – Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi.

Lembaga Peperiksaan turut mengumumkan Peperiksaan Pusat Amali Sains membabitkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dilaksanakan dalam SPM mulai tahun depan juga ditangguhkan.

Penangguhan itu bertujuan memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan sebelum peperiksaan itu dilaksanakan, katanya.

“Kementerian Pendidikan berharap semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini,” menurut kenyataan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.