Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Syarikat Pembinaan Perlu Latih Lebih Ramai Pekerja Tempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

jfykldKuala Lumpur – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menggesa peserta industri supaya melatih lebih ramai pekerja tempatan untuk projek-projek pembinaan daripada mengambil pekerja asing.

Pengerusinya Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali berkata pengambilan pekerja tempatan akan memastikan kemampanan tenaga kerja kerana pekerja asing mempunyai kecenderungan untuk kembali ke tempat asal mereka apabila terdapat pekerjaan di sana.

“Apabila kita mengambil pekerja asing, kita telah secara tidak langsung melatih mereka dengan kemahiran pembinaan.

“Mereka mendapat pengetahuan, dan apabila terdapat permintaan dalam industri pembinaan di negara mereka, mereka akan pulang untuk bekerja di sana,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum pekerja tempatan diambil bekerja, mereka perlu ditingkatkan kemahiran dalam penggunaan peralatan teknologi tinggi supaya mereka boleh mendapatkan gaji yang lebih baik.

Dalam usaha untuk membangunkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang, Ahmad Tajuddin berkata CIDB, bersama-sama dengan Kementerian Kerja Raya, akan memperkenalkan Pelan Transformasi Industri Pembinaan (CITP) pada September, dengan salah satu objektif utamanya ialah melatih lebih ramai warga tempatan dalam pembinaan berteknologi tinggi.

“CITP ini adalah kesinambungan dari Pelan Induk Industri Pembinaan yang berakhir pada tahun ini.

“Ia akan menjadi satu dokumen transformasi kerajaan yang akan dikelolakan oleh Kementerian Kerja Raya dan dibantu oleh CIDB sebagai sekretariat

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.