Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Syor JPN, PPD hukum pelajar guna dadah

Kongsi maklumat ini
Tags

KD01_110116_MAHDZIRKUALA NERANG: Kementerian Pendidikan sedia mengkaji memberi kuasa kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ketika ini tindakan seperti amaran bagi kesalahan moral termasuk penyalahgunaan dadah hanya dijalankan di peringkat sekolah. Bagaimanapun, katanya, tindakan lebih tegas boleh diambil menerusi kuasa yang diberi kepada PPD dan JPN. “Kena ambil tindakan tegas dan tak boleh sekadar memberi amaran, namun kita perlu memberi kuasa kepada PPD dan JPN untuk mengambil peranan dan menguruskan kes berkenaan. “PPD boleh laporkan kejadian kepada pengarah pendidikan negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan insentif kepada 109 murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 bagi Parlimen Padang Terap, di sini. Beliau berkata, isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar memang berlaku dan semua pihak termasuk ibu bapa perlu proaktif menanganinya. Pada masa sama, katanya, pemberian kuasa kepada PPD dan JPN adalah bagi memperkasakan dua badan terbabit dalam hal berkaitan pendidikan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.