Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Syria Tolak Bantuan Kemanusiaan

Kongsi maklumat ini
Tags

sfgjNEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Syria didakwa menolak hampir kesemua permintaan PBB untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 4.6 juta penduduk di kawasan sukar diakses dan terjejas teruk di negara bergolak itu.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien memaklumkan hanya 10 peratus daripada 113 penghantaran bantuan diluluskan pada tahun lalu dan kira-kira 75 peratus tidak mendapat sebarang respons.

Menurutnya, agensi bantuan antarabangsa tidak boleh dipersalahkan di atas penderitaan berterusan terpaksa ditanggung penduduk Syria kerana ia berpunca daripada kegagalan kesemua pihak dan masyarakat antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian yang menyebabkan konflik tersebut berlarutan hingga kini.

Tahun lalu, seramai 13.5 juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan berbanding 1.3 juta pada 2014.

Konflik di Syria telah meragut hampir 250,000 nyawa manakala 4.3 juta lagi terpaksa menjadi pelarian.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.