Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Syukuri Nikmat Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Umat Islam perlu mensyukuri nikmat berbuka puasa bersama keluarga pada sepanjang Ramadan berbanding anggota keselamatan yang perlu menjaga keamanan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau lagi, untuk itu, rakyat tidak harus melupakan anggota keselamatan yang sentiasa berada di barisan hadapan demi menjaga keamanan negara.

“Bersyukur kita dapat berbuka puasa bersama keluarga di bulan Ramadan ini.

“Dalam pada itu, jangan pula kita lupa akan anggota-anggota keselamatan dan perubatan yang perlu bertugas di barisan hadapan.

“Mereka berkorban demi kesejahteraan kita semua,” katanya dalam catatan terkini di laman Facebook beliau Rabu malam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.