Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Tahanan Reman Dua Pegawai PTG Pahang Dilanjut

Kongsi maklumat ini
Tags

azambakiKuantan – Tempoh reman dua pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang ditahan berkaitan kes rasuah perlombongan bauksit , dilanjutkan sehingga minggu hadapan.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata tempoh tahanan reman suspek berusia 28 tahun dilanjutkan sehingga Isnin manakala bagi suspek berumur 53 tahun, ia dilanjutkan sehingga Selasa.

“Kedua-dua suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin,” katanya.

Azam berkata kedua-dua suspek merupakan antara empat pegawai PTG yang ditahan pada 6 Jan lalu, di mana dua daripada mereka telah didakwa di mahkamah semalam.

Beliau juga mengesahkan jumlah pegawai PTG yang direman dan dipanggil untuk membantu siasatan setakat ini ialah 10 orang manakala empat orang awam turut ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam kes itu.

Kakitangan PTG berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.

Borang itu, yang dikenali sebagai ‘docket’ oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1 namun siasatan SPRM mendapati ia dijual antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.