Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Tajaan RM1 Juta untuk perkahwinan Iesya Toh

Kongsi maklumat ini
Tags

Perkahwinan-Iesya-Toh-Terima-Tajaan-RM1-Juta-ROTIKAYA-700x463Inilah dikatakan rezeki orang mahu berkahwin apabila pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, tidak menyangka majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 29 Mei nanti mendapat tajaan pelbagai pihak hingga mencecah RM1 juta.

Iesya bakal dinikahkan dengan pasangannya, Huzairee Mohamad, di Masjid Angkasapuri, pada 9 pagi dan apa yang lebih menarik, majlisnya itu turut akan disiarkan secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM.

“Pada peringkat awal, saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana saja. Namun, ia jadi sebaliknya pula. Semuanya bermula bila nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH 2014″

“Selepas keluar cerita saya nak kahwin, ramai pihak yang berminat dan menghubungi perancang majlis, Jazznyta Rahim Artistic Team untuk menaja majlis pernikahan dan persandingan saya nanti,” katanya kepada Harian Metro sambil menyatakan dia dan bakal suami tidak menolak penajaan kerana ia rezeki Allah SWT.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.