Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Tak Percaya Mukhriz: Tahukah Anda Netizen ‘Pakar Politik’ Sebenarnya #MudahEmosi?

Kongsi maklumat ini
Tags

Agak-agaknya berapa lamakah para penganalisis politik media sosial akan membentangkan kajian-kajian mereka berkaitan isu hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz ini?

Paling tidak pun hanya kenyataan berhubung kegagalan Menteri Besar itu diulas semula dengan ayat penuh beremosi. Menariknya ia terus berulang bagai satu mesej berantai tanpa hala tuju. Tiada pun hujah konkrit untuk menyangkal dakwaan itu dan barangkali netizen yang memberi komen hanya mengikut ‘trending‘ media sosial sekarang.

Mengapa dikatakan pakar-pakar politik media sosial itu tidak mempunyai hujah yang konkrit? Dari pemerhatian, netizen yang lantang memberi hujah itu bukan lah warga Kedah, terutama pengundi di Jerlun. Oleh kerana itu kritikan oleh netizen itu boleh dianggap sudah dipengaruhi sentimen ‘trending’. (Orang komen dia pun nak komen, orang tweet dia pun nak tweet)

Malah sumber-sumber dari warga Kedah sendiri tidak melihat isu ini satu perkara yang besar. Mereka lebih percaya kepada persekitaran politik Kedah yang membawa kepada situasi ini. Mungkin boleh diandaikan mereka itu lebih tahu bagaimana kualiti ‘padi’ Kedah berbanding orang luar yang hanya tahu Kedah sebagai jolokan negeri ‘Jelapang Padi’ sahaja.

Pada ketika ini ramai yang pakat jadi rakyat Kedah, menulis mengikut loghat utara. Sambil itu hashtag itu dan ini menjadi trending sebagai tanda sokongan dan bantahan. Trending yang boleh dipanggil #MudahEmosi ini akan bertukar kepada #MudahTerhibur bagi satu lagi golongan netizen yang sekadar minat untuk memerhati.

Bagi orang Kedah, apa yang lebih penting adalah kesinambungan dalam pentadbiran negeri yang lebih baik selepas ini. Netizen yang hanya tahu menjaga tepi kain orang ini dilihat sengaja mahu menghangatkan suasana supaya ruangan media sosial menjadi meriah dengan pandangan-pandangan mereka.

Sesudah jemu cerita panas Kedah ini mereka akan beralih kepada trending lain pula.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.