Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Tak terkejut pun Kit Siang kerjasama dengan Dr M

Kongsi maklumat ini
Tags

kit-siat-mahatirPETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak terkejut dengan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sanggup bekerjasama dengan musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam misi menjayakan agenda ‘Selamatkan Malaysia’.

Menurutnya, ‎fokus Kit Siang sebagai pemimpin yang dikenalinya soal negara memang mampu mengatasi perkara lain.

“Saya kira itu keikhlasan Kit Siang. Dalam banyak-banyak pemimpin DAP, saya paling rapat dengan Kit Siang dan saya tak terkejut dia buat kenyataan itu… memang dia punya fokus adalah soal negara jadi, saya tak rasa terkejut, tak rasa pelik kerana personaliti Kit Siang adalah seperti itu.

“Dia sentiasa meletakkan kepentingan tentang orang ramai di atas ada apa-apa lagi. Dan saya rasa, dia jarang sekali mempunyai sebarang prasangka dalam erti kata itu. Sebab itu, saya tak terkejut bila dia fikir, bekerjasama dengan Tun Mahathir adalah kepentingan terbaik orang awam, dia akan melanjutkannya,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Melalui catatan di blognya sebelum ini, Kit Siang menyebut antara agenda utama yang memerlukan kerjasama Dr Mahathir ialah untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara dihadapinya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan cadangan tersebut bukan lagi isu susulan penolakan kerjasama itu oleh Dr Mahathir.

“Tun Mahathir dah jawabkan, dia tak nak kerjasama dengan sesiapa. Jadi, ia bukan isu lagi,” katanya.
Manakala Naib Presiden PKR, Tian Chua menafikan Kit Siang ada mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Dia tak cakap. Saya dengar ‘very carefully’. Dia tak kata nak kerjasama dengan Umno. Tak ada,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.