Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Takdir Kita Semua Tidak Sama

Kongsi maklumat ini
Tags

cbncvKadang-kadang kita tidak pernah mencapai apa yang kita mahukan tetapi kita sudah cukup lemas dan lemah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan. Sampaikan kita rasa sudah tidak mampu lagi untuk menghadapi pelabagai dugaan lagi. Sudah terlalu lama kita mencari dan terus mencari tetapi kita tidak menjumpainya. Semakin kita cari semakin kita keliru kerana disepanjang pencarian itu kita diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kadang tidak terlintas pun oleh fikiran kita, kita akan melalui dugaan seperti itu. Hebat sungguh dugaan dan cabaran hidup yang harus kita tempuh unutuk mencapai suatu tahap yang kita inginkan.

Dalam hidup ini takdir kita tidak sama. Ada orang yang dengan mudah mencapai apa yang mereka inginkan tetapi dalam satu ruang hidup yang lain ada yang berusaha dengan gigih dan sepenuh jiwa tetapi tidak mencapai lagi apa yang mereka inginkan dalam hidup. Apa yang terjadi ALLAH telah aturkan dengan sebaiknya. DIA yang berhak mengatur dan kita hanya berwatak mengikut caturan dan peraturan yang kita tidak punya hak untuk merubahnya tanpa izin DIA. Jangan berhenti berdoa dan menadah harap pada DIA, kerana tanpa DIA kita akan terus kosong dan kelam dalam cerahnya mentari siang dan kilau bulan kala malam menjengah.

Apa pun yang kita hajatkan ada sesetengah perkara memang ALLAH dah tentukan untuk tidak akan jadi milik kita sampai bila-bila pun. Selagi boleh usaha, usahalah, selagi boleh ikhtiar, ikhtiarlah. Kalau satu masa kita dah terasa penat, dan rasa bagai mahu berputus asa, berhentilah, dan berikhtiarlah untuk mencapai perkara lain pula. Tiap-tiap seorang dari kita memang dah ditentukan rezeki masing-masing, kalau kita tidak dapat apa yang kita suka, ada baiknya kalau kita sukakan apa yang kita dapat. lebih berbaloikan?

Begitulah dalam hidup ini tidak semua yang kita hajati akan tercapai walau telah penat dan lelah kita mencuba dan berusaha. Kadang-kadang kita perlu lepaskan atau terima sahaja dan hidup perlu diteruskan dengan usaha yang baru dan mungkin sinar itu ada. ..In shaa ALLAH.. Takdir tidak sama bagi setiap individu, ada takdir yang disukai dan juga sebaliknya. Tetapi kita perlu terima semuanya sebagai qada dan qadar ALLAH dan hidup mesti diteruskan.

Takdir kita tidak sama. Rentak kehidupan kita juga tidak sama. Perjalanan kita juga tidak sama. Yang sama hanyalah satu. Destinasi terakhir.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.