Kiriman pada: Fri, Jul 17th, 2015

Taktik Baharu Ganja Dijual 500 Gram Setiap Ketul

Kongsi maklumat ini
Tags

ganja-9089Alor Setar – Pihak polis percaya mereka menemui kaedah baharu menjual ganja apabila ia dijadikan hanya seberat 500 gram bagi setiap ketul.

Penemuan ini didapati apabila seorang lelaki ditahan di Sungai Petani tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, ACP Abd Razak Mohd Zin berkata selama ini ketulan ganja selalunya seberat satu kilogram dan bukan 500 gram.

“Namun kita sedang siasat perkara ini, sama ada ia lebih senang untuk dijual dengan cara ini,” katanya .

Beliau berkata suspek berumur 44 tahun tersebut ditahan ketika sedang menaiki kereta di Taman Sejati.

Pemeriksaan di bonet kereta itu membawa kepada penemuan 20 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 10.4 kilogram, kata Abd Razak.

Beliau berkata turut ditemui ialah bungkusan yang dipercayai mengandungi syabu seberat 214.30 gram dan kesemua rampasan dianggar bernilai RM44,000.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.