Kiriman pada: Fri, Nov 6th, 2015

Taliworks Edar Kad Touch ‘n Go Percuma Di Dua Lebuh Raya Pada 9 Nov

Kongsi maklumat ini
Tags

cbzdKuala Lumpur – Taliworks Corporation Bhd akan mengedarkan kad Touch ‘n Go secara percuma di dua buah lebuh rayanya pada Isnin sempena sambutan perayaan Deepavali.

Kad tersebut, berharga RM10 dengan nilai sedia ada RM4, akan diberikan di plaza tol Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sehingga stok masih ada.

Unit Taliworks, Grand Saga adalah pemegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, manakala syarikat usaha samanya, Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd, syarikat konsesi NNKSB.

Grand Saga akan mengedar 1,400 kad Touch ‘n Go bernilai RM19,600, manakala Grand Sepadu, 1,000 lagi kad Touch ‘n Go bernilai RM14,000.

Pengurus Besar Kanan Grand Saga, A. Rajasolan berkata pengedaran kad itu adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Talisworks untuk menghargai pengguna kedua-dua lebuh raya tersebut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.