Kiriman pada: Sat, Dec 19th, 2015

Tambang ERL Naik, Pemandu Teksi Bermeter Perlu Ubah Sikap

Kongsi maklumat ini
Tags

61388763513_freesizeSebenarnya ada rahmat disebalik kenaikkan tambang Express Rail Link (ERL) mulia 1 Januari depan yang di umumkan baru-baru ini, Khususnya pemandu teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang dan sebaliknya.

Ini berikutan ianya akan menjadi pilihan penguna pengangkutan awam yang hendak ke lapangan terbang tersebut kerana pengguna yang datang secara berkumpulan akan menikmati tambang lebih berpatutan berbanding tambang baharu ERL.

Setiap seuatu yang berlaku walaupun mendapat bantahan perlulah kita melihat secara rasionalnya dan bukan sekadar menunding jari sahaja kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sahaja. Sedangkan keputusan adalah dibuat secara kolektif dan mendengar semua pandangan.

Di katakan penguna akan lebih memilih untuk menaiki teksi bermeter kerana kos tambangnya menjadi lebih murah jika di bandingkan dengan menaiki ERL.

Jika empat orang pengguna mereka hanya perlu membayar tambang purata RM130 untuk teksi biru dan RM60 untuk teksi merah bagi perjalanan sehala berbanding menaiki ERL dengan kadar yang lebih mahal iaitu RM220.

Dengan ini jumlah pendapatan pemandu teksi ke KLIA akan meningkat, Cuma yang perku di lakukan oleh pemandu teksi adalah berdisiplin dan tidak terlalu menekan penguna dan mematuhi atika sebagai seorang pemandu teksi.

Seperti sebelum ini terlalu banyak rungutan terhadap pemandu teksi yang tetlalu menekan penguna sahinggakan imej pemandu teksi dikaitkan sama saperti lintah darat. Tindakan segelintir pemandu teksi seperti itu mejadi penyebab mengapa penguna pengangkutan awam terutama teksi memilih untuk menaiki kereta Uber dan Grap teksi.

Pemandu teksi perlulah mengubah sikap mereka untuk mengembalikan keyakinan penguna teksi akan perkhidmatan mereka yang telah tercemar sejak sekian lama sejak sebelum SPAD ujud pun dan peranan SPAD kini cuba memulihkan semula imej teksi agar ia menjadi popular dengan imej perkhidmatan yang baik dan pilihan utama pengangkutan awam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.