Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Tampil Lebih Patrotik Dengan Kibarkan Jalur Gemilang.

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR MOHD SALLEH TUN SAID KERUAKKuala Lumpur – Bersempena Bulan Kebangsaan yang disambut sepanjang bulan ini, rakyat diseru agar tampil lebih patrotik dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang lebih banyak dilihat di kawasan luar bandar, berbanding di bandar.

“Kita perlukan kerjasama daripada semua pihak. Masyarakat perlu ada kesedaran mengapa kita raikan kemerdekaan. Penting untuk kita tunjukkan kesetiaan dan mengibar bendera.

“Saya harap individu dan pihak swasta boleh beri kerjasama. Kerajaan boleh beri maklumat, beri galakan tetapi yang penting ialah kerjasama daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Kayuhan Sehati Sejiwa bersempena Bulan Kebangsaan 2015.

Bulan Kebangsaan disambut sepanjang Ogos bersempena Hari Kebangsaan yang meraikan kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun.

Program anjuran DBKL itu diadakan bersekali dengan program ‘KL Car Free Morning’, iaitu pagi tanpa kenderaan yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Mengulas mengenai program hari ini, Mohd Salleh berkata selain merapatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat pelbagai kaum, ia juga menyumbang kepada pembentukan negara bangsa yang sihat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.