Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Tan Sri Muhyiddin Perlu Bersabar

Kongsi maklumat ini
Tags

kompleks perdana putraKuala Lumpur – Pejabat Perdana Menteri menggesa semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya bersabar dan menunggu hasil siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan media pada Isnin, Pejabat Perdana Menteri berkata siasatan Pasukan Petugas Khas sedang berjalan dan semua pihak perlu beri ruang kepada proses siasatan.

“Semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan.”

“Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO,” kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.