Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Tarikan Gambar Terima Watikah

Kongsi maklumat ini
Tags

PERSIAPAN PAMERAN LEGACY OF LEADERSHIPKUALA LUMPUR – Gambar penerimaan watikah pelantikan Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, antara tarikan pada pameran Seminar Peringatan Khas Tun Abdul Razak di Hotel Royal Chulan di sini, hari ini.

Apa yang menarik ialah penyerahan watikah pelantikan kepada Najib dan Allahyarham bapanya disempurnakan oleh Tuanku Abdul Halim. Pameran bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu diadakan bersempena seminar bagi mengenang jasa dan sumbangan Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Kedua.

Peringati Abdul Razak Seminar bagi memperingati 40 tahun kematian Abdul Razak dianjurkan oleh Yayasan Cemerlang dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) serta Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Pengurus Pusat Sumber The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ramlan Ramli, berkata selain gambar itu, pihaknya akan mempamerkan kira-kira 20 keratan muka depan akhbar BH dan New Straits Times serta 60 gambar Abdul Razak. Katanya, pameran itu juga menampilkan beberapa gambar eksklusif Abdul Razak bersama rakyat yang tidak pernah diterbitkan oleh NSTP.

“Sebanyak 60 gambar yang akan dipamerkan itu termasuk lebih 10 gambar eksklusif Abdul Razak yang tidak pernah diterbitkan. Pengunjung pameran juga berpeluang membeli gambar berkenaan,” katanya.

Ramlan berkata, buku Abdul Razak berjudul Dedikasi dan Integriti Tun Abdul Razak 1922-1976 yang diterbitkan oleh NSTP pada tahun 2013 juga akan dijual pada pameran berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.