Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

Taska Yang Sebabkan Kecederaan Kanak-kanak Akan Diambil Tindakan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIMKuantan – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengambil tindakan terhadap Taska yang menyebabkan kecederaan kanak-kanak asuhan mereka.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya juga pernah menyita Taska yang disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Beliau meminta semua pihak agar bersabar dan menunggu sehingga polis selesai menyiasat kes seorang bayi perempuan berusia empat bulan Putri Wafa Saifudin yang koma setelah disyaki didera pengasuh di sebuah pusat jagaan di Alor Setar, Kedah.

“Kami sudah semak dan pegawai saya juga sudah turun ke Taska itu. Taska tersebut didapati berdaftar (dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan operasinya didapati mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita semasa menyampaikan sumbangan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor.

Beliau berkata Taska itu masih beroperasi seperti biasa sehingga kementerian dapat memperincikan kejadian sebenar yang berlaku.

Bayi itu sebelum itu dilapor turut mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Pihak Kesihatan Negeri Kedah dilapor sebagai berkata bayi tersebut berada pada tahap kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan mengalami pendarahan pada mata dan otak.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.