Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Taylor Swift Sumbang AS$ 50 Ribu Kepada Kanak-Kanak Pesakit Leukimia

Kongsi maklumat ini
Tags

Taylor SwiftLos Angeles – Penyanyi, Taylor Swift mendermakan sebanyak AS$50,000 (RM189,615) kepada seorang kanak-kanak perempuan penghidap leukimia yang menggu­nakan lagunya, Bad Blood dalam video pengumpul dana awam, GoFundMe bagi mengumpul dana membiayai rawatan perubatannya.

Kanak-kanak itu, Naomi Oakes disahkan menghidap leukimia yang memerlukannya menghabiskan masa sehingga sembilan bulan di Hospital Arizona untuk menerima rawatan.
Rawatan itu membuatkan Oakes, 11, yang merupakan peminat setia Swift tidak dapat menghadiri konsert penyanyi berkenaan yang berlangsung di Phoenix pada 18 Ogos ini.

Keluarga Oakes kemudiannya memuatnaik video di YouTube yang ditujukan kepada Swift, menjelaskan tentang penyakit anak mereka dengan menggunakan lagu Bad Blood yang dijadikan inspirasi untuk melawan penyakit berkenaan.

Kanak-kanak itu dilaporkan ter­lalu kecewa kerana tidak dapat me­lihat persembahan Swift dan meng­ajak penyanyi itu berkongsikan bu­tang hashtag #teamnaomi pada akauan Instagram milik-nya.

Terharu dengan usaha itu, Swift mendermakan jumlah tersebut kepada laman web GoFundMe yang diwujudkan ibu saudara Oakes bagi membiayai kos perubatan kanak-kanak ter­sebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.