Kiriman pada: Fri, Aug 28th, 2015

Tazkirah Itu Bukan Hanya Untuk Orang Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

KES TEMBAK / JALAN HILIRANTazkirah sangat penting untuk pemberi tazkirah dan juga untuk yang diberi tazkirah. Yang kita selalu ingat, manfaat tazkirah itu adalah untuk orang yang kita beri tazkirah. Apabila orang yang kita beri tazkirah itu mengamalkan apa yang kita katakan, dia akan dapat pahala dan kita pun turut dapat pahala yang sama tanpa mengurangkan pahala yang dia dapat. Untuk pemberi tazkirah, ALLAH menjadikannya sebagai medium untuk memperbaiki dirinya.

Jangan fikir tazkirah itu hanya untuk orang lain, tetapi fungsi utamanya adalah untuk individu yang memberi tazkirah. ALLAH Ta’ala berfirman :”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan katakanlah perkataan yang benar (tazkirah), niscaya ALLAH memperbaiki amalan-amalan kamu¬≠ dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (QS. Al Ahzab 70-71) Jadi, dengan tazkirah yang kita sampaikan, ALLAH akan tolong kita memperbaiki amalan-amalan kita. Umpama kita membasuh baju. Apa yang pertama bersih? Adalah tangan kita. Baju yang kita basuh itu belum tentu bersih. Tetapi yang pasti tangan kita sudah bersih. Tazkirah yang kita buat pun begitu; yang pertama kali diperbaiki ALLAH Ta’ala adalah diri kita.

Di dalam Al Quran ditegaskan bahawa tidak ada jaminan kalau kita memberi tazkirah kepada orang lain, maka dia akan dapat hidayah. Tetapi berdasarkan ayat di atas, yang ada jaminan dari ALLAH adalah DIA akan memperbaiki amalan-amalan kita melalui tazkirah yang kita sampaikan.

Namun perlu diingat, tazkirah sangat hebat ganjarannya. Prinsip pelaburan menyatakan “high return high risk.” Jika tazkirah mempunyai ganjaran yang hebat, maka ujian yang dihadapi penyampai tazkirah juga hebat.Orang yang banyak menasihati orang lain itu lah yang sudah puas menangis.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.