Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Teater Muzikal P.Ramlee Jelajah Tiga Negeri

Kongsi maklumat ini
Tags

P. RAMLEE THE MUSICAL TOURKuala Lumpur – Peminat Seniman Agung P.Ramlee di Pulau Pinang, Johor dan Melaka akan berpeluang menyaksikan persembahan teater Muzikal P.Ramlee dalam tahun ini.

Penerbit teater itu, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata ini adalah kali pertama teater yang memaparkan kisah kehidupan seniman legenda negara itu dipersembahkan di luar Kuala Lumpur setelah tiga musim dipersembahkan di sini, bermula dengan negeri kelahiran P.Ramlee, Pulau Pinang, sebelum ke Johor dan berakhir di Melaka.

Teater berjudul ‘Dari Penang ke Singapura’ akan dipersembahkan di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang dari 28 hingga 30 Ogos; diikuti di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Nusajaya, Johor dari 4 hingga 6 Sept sementara di Melaka bertempat di Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh dari 11 hingga 13 Sept.

Tiara, yang juga Presiden Enfinite Vision Media berkata beliau dan pasukannya gembira untuk menghasilkan persembahan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan seni teater tempatan.

“Menerusi penerbitan Muzikal P.Ramlee, kami mahu meraikan kehidupan luar biasa seorang lelaki yang telah membentuk dunia layar perak dan hiburan di Kepulauan Melayu,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar mengenai Jelajah Muzikal P.Ramlee.

Dalam teater muzikal itu Tony Eusoff sekali lagi membawa watak P.Ramlee, Tiara sebagai Norizan, Nadia Aqilah Bajuri sebagai biduanita Saloma dan Datuk Aznil Nawawi memegang watak Daeng Harris.

Tiket-tiket dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh didapati menerusi laman sesawang ticketpro.com.my atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.