Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

Tebing Jalan Runtuh Akibat Ombak Besar

Kongsi maklumat ini
Tags

kdtuDUNGUN – Fenomena air pasang besar yang berlaku semalam menyebabkan tebing di sebatang jalan di Pantai Sura di sini rosak dan berisiko runtuh akibat dipukul ombak besar.

Kejadian tebing runtuh yang berlaku kira-kira jam 11 malam tadi menyebabkan jalan sepanjang 100 meter itu berbahaya untuk dilalui semua jenis kenderaan.

Seorang penduduk, Zaki Othman, 60, berkata keadaan tersebut membimbangkan penduduk kerana jalan itu menjadi laluan utama beberapa buah kampung di kawasan tersebut.

“Kalau malam ni berlaku lagi air pasang besar, kemungkinan besar jalan ni runtuh sebab struktur bawah jalan pun makin terhakis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Izuan Ahmad, 29, berkata meskipun menyedari risiko jalan akan runtuh, pengguna tetap menggunakan laluan berkenaan kerana ia merupakan jalan utama.

Sementara itu, jurutera Jabatan Kerja Raya Dungun Nurul Hafizah Ramli berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran daerah bagi menjalankan kerja baik pulih jalan dan tebing jalan yang runtuh.

Untuk kemudahan penduduk, pihaknya akan membina laluan lencongan melalui Jalan Sura Jetty, katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.