Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Tegur Boleh Tapi Jangan Sampai Londeh Aib Pemimpin

Kongsi maklumat ini
Tags

fnxgSERDANG – Islam menuntut amalan tegur menegur kepada pemimpin tetapi tidak sehingga mengaibkan diri pemimpin itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Islam sudah menggariskan caranya untuk menegur pemimpin agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari.

Menurut beliau, semua orang perlu mencontohi cara Nabi SAW yang menggunakan pendekatan yang berhemah sehingga tidak menjatuhkan air muka pemimpin itu.

“Nabi SAW membuat garis panduan. Nabi kata kita tarik tangan dia kebelakangan supaya tidak menjatuhkan air muka dia di hadapan khalayak.

“Ini cara tegurnya. Dalam Islam kita memang kena tegur pemimpin kerana agama itu menggalakkan nasihat-menasihati. Cuma menegur bukan bermakna menfitnah atau melondehkan sehingga aibkan pemimpin itu,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Kerajaan dan Ketamadunan (SOGOC II) bertajuk Mengurus Perbezaan Politik dan Agama di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Menurut beliau lagi, hari ini banyak pihak yang cepat membuat kesimpulan sendiri tanpa berpandukan fakta serta maklumat yang tepat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.