Kiriman pada: Tue, Mar 24th, 2015

Tempoh Tiga Tahun Penternak Babi Naik Taraf Ladang

Kongsi maklumat ini
Tags

Babi_11-420x338Kuala Lumpur – Pengusaha ladang ternakan babi di negara ini diberikan masa selama tiga tahun untuk menaiktaraf perusahaan mereka kepada kaedah ternakan babi moden, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, setelah tamat tempoh tersebut, pihak berkuasa mempunyai hak untuk mengambil tindakan.

“Kaedah ternakan babi moden lebih mesra alam dengan pengurusan sisa buangan yang lebih baik.

“Penternak babi perlu berkongsi sumber kerana ia adalah mahal untuk membina ladang-ladang yang memenuhi spesifikasi kerajaan. Kami telah memberikan notis yang cukup kepada penternak babi.

“Tiga tahun dari sekarang, kita akan menutup semua ladang babi yang tidak mematuhi kaedah penternakan babi moden, ” katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), di sini hari ini.

Untuk rekod, hasil daripada sektor penternakan babi adalah kira-kira RM2 bilion setahun.

Sebelum itu, Tajuddin berkata terdapat 737 ladang babi di seluruh negara dengan yang tertinggi adalah Pulau Pinang iaitu sebanyak 199 ladang diikuti oleh Sarawak (141) dan Selangor (128).

Bilangan babi dicatatkan adalah 1.82 juta.

Pengeluaran daging babi memenuhi 96 peratus daripada permintaan tempatan manakala empat peratus adalah diimport.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.