Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Temuduga Pengambilan Jawatan Konstabel Lelaki Mulai 1 Mac

Kongsi maklumat ini
Tags

gjetkKuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan temuduga pengambilan jawatan Konstabel Lelaki di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 16 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata temuduga itu adalah bagi calon yang berjaya melepasi Ujian Integriti Malaysia (MIT) pada November dan Disember lepas.

“Status permohonan boleh disemak melalui Sistem Semakan Dalam Talian PDRM dihttp://sso.rmp.gov.my bermula esok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya selain semakan surat panggilan temuduga yang dimuat turun melalui laman sesawang berkenaan, calon juga perlu menyemak dan membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa menghadiri temuduga.

Antaranya, surat sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (bagi kakitangan kerajaan sahaja) dan salinan kenyataan perkhidmatan terkini yang disahkan untuk penyelarasan gaji.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.