Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

Terbuka Taiwan – Chong Wei Tewas Kepada Chen Long

Kongsi maklumat ini
Tags

2 Chong WeiKuala Lumpur – Hasrat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran ketiga selepas bebas daripada penggantungan pada Mei lepas, tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long pada suku akhir Terbuka Taiwan.

Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari China itu dalam pertarungan selama satu jam 17 minit di Taipei Arena, sebelum tewas 21-17, 20-22 dan 13-21.

Pemain berasal dari Bukit Mertajam itu sebelum ini, menjuarai Terbuka Kanada dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini, dalam misi memperbaiki ranking dunianya.

Chong Wei juga berhasrat mahu mengumpul sebanyak mungkin mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.