Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Terengganu Bakal Pesat Membangun

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (9)Kuala Lumpur – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), hari ini memetrai perjanjian pembangunan hartanah dan menerokai peluang pelaburan baru di negeri Teranggani.

Menteri Besar Terangganu Dato’ Seri Ahmad Razif berkata beliau merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada pihak Pelaburan Hartanah Berhada kerana kesediaan syarikat berkenaan untuk meneroka peluang pelaburan baru di negeri Teranganu.

Beliau juga percaya projek ini akan menjadi pemankin dalam usaha merancakkan ekonomi di Terenganu.

Dato’ Seri Ahmad juga berkata “Kerajaan negeri Terengganu melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu telah membelanjakan jumlah yang besar bertujuan pengambilan tanah di Kampong Ladang Tanjung.

Antara projek yang sdang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu termasuklah pembinaan apartment bernilai 100j, dan pembinaan pasar malam bernilai 13j.

“Kerajaan negeri telah menyediakan penempatan perumahan baru dan selesa yang tidak jauh dari tapak asal kepada mereka yang terlibat dengan pengambilan tanah ini.

“Selain itu kerajaan negeri sentiasa serius dalam menjamin kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perumahan yang mengcukupi, berkualiti serta mampu dibeli.

Beliau berkata demikian semada berucap di Majlis Menantangani Perjanjian Jual Beli Tanah Komersial diantara Kerajaan Negeri Terengganu Dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu Dengan Pelaburan Hartanah Berhad di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Adalah penting untuk kerajaan negeri menyusun semula penstrukturan ekonomi dengan menekankan kepentingan pelbagai sektor.

Beliau juga berharap apa yang akan dibangunkan oleh PHB akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk dengan menawarkan pelbagai peluang oekerjaan kepada penduduk setempat.

Kerajaan negeri amat komited didalam memastikan rakyat mendapat manfaat dan kebaikan daripada setiap program pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan.

unnamed (7)

unnamed (6)

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.