Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

Terengganu Sedia 521 Pusat Pemindahan Untuk 122,552 Mangsa Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

gfsKuala Terengganu – Kerajaan negeri Terengganu menyediakan 521 pusat pemindahan yang mampu menempatkan 122,552 mangsa banjir pada satu masa sekiranya banjir melanda negeri itu pada musim tengkujuh ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya juga menyediakan 14 depoh bekalan makanan yang mampu menampung keperluan makanan untuk tempoh tujuh hari sekiranya kawasan terbabit terputus hubungan.

“Semua depo ini sudah kita sediakan bekalan makanan dan beberapa daerah yang berpotensi untuk banjir telah mewujudkan jawatankuasa masing-masing dan turut membuat simulasi banjir seperti di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Iman.

Beliau berkata persiapan Terengganu kali ini untuk berhadapan bencana banjir adalah dua kali ganda daripada apa yang pernah dilakukan tahun sebelum ini dalam segala aspek dan keperluan menghadapi bencana.

Menurutnya 400 anggota sukarela Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) juga akan digerakkan di setiap daerah sekiranya banjir berlaku di kawasan terbabit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.