Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Terima Dulu Hakikat Kita Patut Di Uji

Kongsi maklumat ini
Tags

fhkdgApabila kita menghadapi ujian dari Allah, belajarlah menerimanya dengan lapang hati. Belajarlah untuk menjadi hambaNya yang ikhlas menerima takdirNya. Belajarlah menjadi hambaNya yang sentiasa positif dan bersangka baik. Jauhilah putus asa..kerana ia tanda kita jauh dari rahmatNya. Allah Maha Adil, segala yang diberi adalah yang terbaik buat kita sebagai hambaNya..tiada musibah bagi hamba yang bila diuji, hatinya kembali semula kepada Allah.

Sabda Nabi Muhammad S.a.w, Ertinya : “Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”. (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).

Kita hanya mengetahui dan merasakan sesuatu pada saat ia berlaku. Tapi ALLAH terlebih dahulu mengetahui apa yang perlu dan harus berlaku. Seiring dengan kehebatan NYA yang tidak akan mampu ditandingi. Maka redhalah dan relalah dengan apa yang telah diaturkan ALLAH. Walaupun pada hakikat hati kita ia sepahit dan sepedihnya. Tapi ALLAH tahu akan kemampuan setiap hambaNya dalam menerima ujian-ujianNya.

Takdir yang datang sebagai ujian anggaplah ia sebagai tanda kasih Allah kepada kita. Kerana Allah tidak pernah bersifat zalim pada setiap makhlukNya, tetapi kitalah yang sering menzalimi diri sendiri dengan pilihan yang tersasar dari jalanNya. Ujian dariNya umpama guru yang tidak perlu berkata-kata tetapi ia mampu mendidik jiwa. Sabar, redha dan tawakal..semua itu hikmah jika kita mampu menerima takdir dan ujianNya dengan berlapang hati.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.