Kiriman pada: Mon, Feb 13th, 2017

Terima Kasih Istana Johor

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Istana Johor yang bersusah payah menghantar Mat Tere kembali semula ke Kelantan selepas ditahan kerana membuat kenyataan jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook, baru-baru ini.

Anuar berkata, beliau dan rakan Mat Tere berterima kasih kerana penyokong bola sepak itu juga mendapat kemaafan atas “keterlanjuran atau kelurusannya”.

Orang yang merakam dan menyiarkan video Mat Tere perlu menginsafi supaya jangan mempermainkan perkara sebegini.

“Adalah salah kalau kita memfitnah atau menyakiti hati seseorang secara sengaja.

Jika terlanjur berbuat sedemikian, maka kita memohon maaf atau sekurang-kurangnya berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

“Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Semalam, Polis Johor mengesahkan tidak akan meneruskan siasatan terhadap Mat Tere kerana polis Johor menjunjung titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya polis Johor menggunakan budi bicara dan enggan kes itu dipanjangkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataannya berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit digunakan pihak tertentu untuk mewujudkan satu persekitaran tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.