Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Terlalu awal untuk kaitkan penemuan flaperon dengan pesawat MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

awlKUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu mengenai penemuan flaperon pesawat di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.

“Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini,” kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.

Laporan menyebut, cebisan sayap yang ditemui berkemungkinan bangkai MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang.

Serpihan berukuran dua meter panjang itu dipercayai daripada bahagian sayap pesawat ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai di pulau tersebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.