Kiriman pada: Fri, Mar 13th, 2015

Terlalu Kebalkah Seorang Ahli Parlimen

Kongsi maklumat ini
Tags

parlimenKuala Lumpur – Jika segalanya menjadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai mungkin akan di dakwa kerana menghina Makamah dan Hakim yang telah menjatuhkan hukuman kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah telah dengan jelas menghina hakim dengan kata kata yang kesat termasuk menuduh hakim dengan ungkapan ‘menjual diri kepada syaitan’ yang boleh di sifatkan sebagai satu tuduhan yang amat berat.

Kita akan dapat melihat apa kah benar seorang Ahli Parlimen ini benar benar kebal terhadap undang undang sahingga ada ahli parlimen yang kelihatan hilang kewarasan apabila membuat tomahan terhadap institusi kehakiman negara. Kemungkinan Nurul Izzah boleh di dakwa atau tidak terpulang kepada siasatan polis dan juga pihak Peguam negara.

Semalam bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, Dato’ Zulkifli Nordin telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Nurul Izzah yang menyerang badan kehakiman dan beliau turut memaklumkan bahawa ” Persepsi bahawa seseorang Ahli Parlimen itu kebal daripada undang-undang perlu diperbetulkan. Tindakan mengeluarkan kenyataan yang menyerang Institusi Raja, badan kehakiman dan sebagainya adalah salah dan termaktub dalam peruntukan sedia ada”.

Dan hari ini Exco Putri UMNO yang juga Timbalan Pengerusi ICT dan Media Sosial Puteri UMNO Cik Mimie Hariani Alias juga membuat laporan polis berhubung perkara yang sama. Didalam satu kenyataan ringkas beliau berkata “Demi memastikan institusi Kehakiman Negara tidak berterusan di hina semata-mata untuk kepentingan peribadi keluarga Anwar, saya telah membuat satu laporan polis berhubung isu biadapnya Nurul Izzah di Parlimen baru-baru ini”. mimie

Cik Mimie juga berkata bahawa bagi menjaga kehormatan undang undang negara, rasa cinta pada maruah bangsa serta merasa bertanggungjawab beliau tidak mahu pihak pihak yang berkepentingan agar tidak memperlekehkan undang undang negara serta menghormat institusi Raja di negara ini.

Jika perkara penghinaan ini di katakan kebal dari tindakan undang undang, maka di khuatiri satu masa nanti kedudukan Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja juga akan mereka ini pertikaikan dan di perlekehkan, Mungkin juga nama nama Sultan Dan Sultanah akan di permainkan didalam Dewan Rakyat kerana Wakl Rakyat kebal kepada undang undang.

Sejauh manakah kebalnya dan bebasnya seorang Ahli Parlimen di dalam membahaskan sesuatu perkara sahingga ke tahap boleh menghina Hakim dan undang undang di Malaysia ini. Jika ini juga di kira sebagai kekebalan seorang Ahli Parlimen dan dilihat saperti tiada batasnya maka bersedialah bahawa suatu masa nanti Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja juga akan terbabit dengan penghinaan.

Sekiranya tindakan undang undang di ambil ke atas Nurul Izzah ia bukan sahaja melambangkan undang undang itu mengatasi segalanya malah ianya sesuatu yang perlu di hormati dan semua Ahli Parlimen dan juga Wakil Rakyat perlu bersedia dan terima hakikat yang mereka boleh dikenakan tindakan dan hukuman jika melanggar undang undang negara ini biar pun semasa berbahas didalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen akan lebih di hormati jika mereka mempamer disiplin serta berkelakuan diri yang baik, tutur bahasa yang baik, sama ada ketika di luar mahu pun di dalam Dewan.

Sudah tentu kita tidak mahu pelawak, pelakon, pemfitnah, pendusta di dalam dewan yang mulia itu. Wakil wakil Rakyat mesti berhati hati bila berucap di dalam dewan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.