Kiriman pada: Fri, Jan 13th, 2017

Ternyata Kejayaan Felda Di Contohi Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

Tiada siapa boleh menafikan peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam membantu melonjakkan ekonomi negara, lebih-lebih lagi sumbangan agensi itu yang begitu ketara terhadap penempatan dan penyusunan semula masyarakat.

Mengimbas kembali sejarah keujudannya yang ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun yang memegang amanah melaksanakan pembangunan tanah dan penempatan dikawasan luar bandar.

Felda dipertanggungjawabkan untuk membuka tanah baru bagi penanaman getah dan kelapa sawit, serta menempatkan penduduk luar bandar dalam skim tanah rancangannya yang dilengkapi kemudahan asas termasuk bekalan letrik, air, jalan raya klinik dan sekolah, selain memberikan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah begitulah besarnya fungsi agensi berkenaan.

Awal bulan ini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan ahli parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad sebagai Pengerusi Baru Felda, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh dan memantapkan lagi kepimpinan badan tersebut.

Namun seperti biasa setiap kali ada pembaharuan pasti ada sahaja pihak yang tidak senang dan memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat, mereka menuduh perlantikan Tan Sri Shahrir disebabkan masalah kewangan yang dihadapi Felda.

Namun rakyat tidak harus menerima bulat-bulat apa jua maklumat yang disebarkan oleh gulungan yang tidak bertanggungjawab dan bukan dari sumber yang sahih.

Seperti yang pernah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, dakwaan itu tidak benar sama sekali, hakikatnya tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Disember 2016, malah beliau masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV).

Seharusnya perlantikan Pengerusi baharu itu diterima baik oleh semua pihak, ini kerana Tan Sri Shahrir merupakan individu yang pernah berkhidmat dengan tokoh yang mencetuskan idea Felda, ia itu Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sudah tentu beliau mampu memainkan peranan penting dalam usaha menambah baik serta melakukan perubahan untuk membawa pencapaian Felda ketahap yang lebih tinggi.

Sewajarnya rakyat tidak perlu gusar terhadap kecemerlangan Felda selama ini, disebalik dengan pelbagai tomahan Felda terus unggul sebagai peneraju sektor minyak sawit negara, sekali gus membuktikan pengurusan agensi itu sememangnya terdiri daripada mereka yang cekap dan berwibawa.

Berdasarkan laporan agensi penarafan MODIS yang dikeluarkan November lalu, pengeluaran minyak sawit mentah tahunan Felda mencatat lebih tiga juta tan metrik dalam 3 tahun kewangan terakhirnya, melebihi lima ratus ribu tan metrik berbanding Sime Darby Berhad dan lebih empat kali berbanding pengeluaran IOI dan Genting Plantation.

Terbukti segala usaha yang digembeling sejak puluhan tahun lalu berjaya membuahkan hasil, kini Malaysia bukan sahaja di kenali sebagai antara pengeluar minyak sawit dunia bahkan kaedah memajukan tanah dibawah skim Felda dan kejayaan mengeluarkan peserta tanah rancangan itu daripada kepompong kemiskinan turut dijadikan contoh beberapa negara lain.

Ternyata keberkesanan Felda di iktiraf pihak luar, mengapa pula kita sebagai rakyat tidak boleh berbuat demikian.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.