Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

TH kukuh, jangan cepat percaya kepada fitnah liar

Kongsi maklumat ini
Tags

27aziz.transformed_3KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) tidak perlukan sokongan kerajaan kerana masih kukuh sebagai pengurus dana untuk umat Islam. Pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pendeposit tidak perlu risau dan terpedaya dengan pelbagai fitnah yang kini cuba mengheret TH dalam politik kerana tabung berkenaan tidak menghadap masalah kewangan seperti didakwa. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Baling, memberi jaminan TH akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat seperti kelaziman, iaitu suku pertama setiap tahun. “Kita akan mengumumkan dividen yang memberangsangkan dalam masa terdekat. Saya harap semua bersabar, ..ia akan diumumkan sebelum Tahun Baharu Cina iaitu sebelum minggu pertama bulan kedua (Februari). “Ini memang dalam takwim kita,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, tahun ini TH akan memberi subsidi kepada jemaah haji sebanyak RM160 juta. “Tahun ini kos (menunaikan haji) sebanyak RM18,980 seorang tetapi TH hanya mengambil caj kos sebanyak RM9,980. “Jemaah haji yang kali pertama pergi Makkah akan dapat subsidi, RM8,910. Mana mungkin kita tanggung subsidi ini, kalau TH rugi,” katanya. Mengenai pendedahan surat Bank Negara Malaysia (BNM) yang tersebar di laman sosial, beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam untuk tindakan susulan. “Surat itu kepada saya dan dalam simpanan saya, malah surat BNM itu, saya dah jawab awal Januari. Saya akan ambil tindakan undang-undang kepada mereka yang bocorkan surat itu,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.