Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

TH – Orang Ramai Diminta Tidak Membuat Sebarang Spekulasi

Kongsi maklumat ini
Tags

AppleMark

AppleMark

Kuala Lumpur – Orang ramai khususnya pendeposit diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan pengumuman dividen atau bonus Tabung Haji.

Ini kerana kelazimannya TH akan mengumumkan bonus pada suku pertama antara Januari sehingga Mac selepas proses pengauditan awalan dan kelulusan dalaman selesai.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH memaklumkan, sebelum ini pengumuman bonus pernah diumumkan pada hujung Februari atau awal Mac, kecuali tahun lalu, diumumkan lebih awal.

Simpanan di Tabung Haji adalah berkonsepkan Al-Wadiah Yad Dhamanah; iaitu apa-apa pulangan adalah berbentuk hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.

Ia sama seperti konsep Al-Wadiah oleh institusi perbankan Islam lain.

TH juga percaya menerusi strategi pelaburan asetnya, dapat membantu pulangan pendapatan lebih baik biarpun tahun 2015 adalah tempoh mencabar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.