Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

TH Tanggung Kos Tambang Haji 40 Jemaah Daif Dan OKU

Kongsi maklumat ini
Tags

gjdyrBaling -Tabung Haji (TH) akan menanggung kos tambang menunaikan fardu haji 40 jemaah dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan keluarga daif tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pemilihan dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik oleh TH bagi membantu mereka menunaikan fardu haji dan bilangannya akan ditambah pada tahun-tahun depan.

“TH sentiasa melihat kepada keperluan golongan tidak berkeupayaan dan daif ini dalam usaha kita membantu mereka menunaikan fardu haji di Tanah Suci setiap tahun,” katanya selepas majlis penyerahan cek bernilai RM60,000 sumbangan peribadi beliau untuk Madrasah Misbah Al Falah, Kampung Lanai Parit Panjang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.