Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Thailand Akan Hanya Soal Siasat Justo

Kongsi maklumat ini
Tags

fhxfBangkok – Polis Thai tidak akan memanggil mana-mana orang lain berhubung kes warga Swiss Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya PetroSaudi International.

“Aktiviti itu tidak berlaku di Thailand. Ia mengenai penjelasan berhubung kaitan kes ini tetapi kesalahan itu tidak langsung berlaku di Thailand,” kata jurucakap polis Thai Lt-Jen Polis Prawuth Thavornsiri .

Beliau ditanya mengenai pendedahan minggu lepas bahawa Justo telah menemui sekurang-kurangnya 10 orang di Singapura dan tempat-tempat lain dan sama ada orang-orang ini akan dipanggil untuk disoal siasat.

Justo dikatakan telah berjumpa mereka membincang dan merundingkan harga untuk menyerahkan salinan-salinan dokumen mengenai urusniaga PetroSaudi International dengan 1Malaysia Development Bhd.

Hanya Justo, yang mengaku telah mengugut PetroSaudi International, telah disoal siasat dalam kes ini.

Prawuth berkata polis Thai kini di peringkat akhir mengumpul bukti kes tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk mengenakan tuduhan terhadap Justo.

Sambung kata , polis Thai masih belum menyerahkan sebarang salinan dokumen berkaitan kes itu kepada polis Malaysia, dan beliau tidak tahu bila ini akan dilakukan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.