Kiriman pada: Sat, Dec 12th, 2015

‘The ‘D’ Day’.

Kongsi maklumat ini
Tags

93df4fc8-751a-40b7-92b0-094527c13759Dalam sedar tak sedar Najib telah berjaya mengkakukan mereka-mereka yang mengkritiknya di luar laluan sebenar. Najib berjaya mengunci dan memaksa mereka untuk mendengar apa yang hendak dia perkatakan dan menjawab segala tomahan serta kejian yang di lemparkan kepada beliau melalui pentas yang betul ia itu di pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Di mana hampir 3000 orang perwakilan tidak termasuk pemerhati dan tetamu yang di undang serta para petugas media malahan petugas penyaji makanan yang dapat mendengar secara jelas segala jawapan dari Presiden UMNO yang sebelum ini di kritik dan di kecam dengan pelbagai fitnah dan isu tanpa belas kasihan.

Jika dua hari sebelum perhimpunan bermula Najib Tun Razak diserang oleh timbalan beliau sendiri yang mengunakan padang Kelab Sultan Sulaiman tanpa kehadiran tuan punya diri untuk membela. Begitu juga hampir berbulan Dato’ Seri Najib di serang oleh Dr Mahathir tanpa henti seolah hayat Mahathir saperti sudah sampai ke penghujung lakunya dan mahu melihat kesemuanya berlaku dan berakhir sebelum Mahathir menutupkan mata.

Dalam tempoh tersebut belum sekali pun Najib Razak membuat serang balas. Beliau hanya membiarkan serangan-serangan tersebut sahingga adakalanya mengelirukan bukan sahaja orang awam dan pihak pembangkang malahan ada Ahli UMNO sendiri pun sudah turut merasa ragu-ragu dan mula merasa yakin bahawa Dato’ Seri Najib akan ke chundang.

Ternyata diamnya Najib bukan diam yang ‘kiam’ tetapi diamnya sebenar menyusun langkah untuk membalun ‘kawan’ bacul yang menikam dari belakang, Serta mencari gelangang yang elok untuk berpencak ia ini di hadapan ahli-ahli UMNO yang akan menjadi saksi siapa sebenarnya yang sedang mengkhianati parti.

Sebelum ini ramai yang terkejut dan terkedu mengapa Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang di pilih oleh mereka ia ini Ahli UMNO serta rakyat ( bukannya Mahathir yang lantik Najib jadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia) tidak mahu mengunakan segala yang ada termasuk kuasa yang untuk menjawab segala tomahan.

Najib hanya di lihat menjawab secara berkhias dan berlapik, Disini membuktikan bahawa Najib sebenarnya masih menunjukkan tauladan yang baik dan memberikan rasa hormatnya kepada bekas Perdana Menteri ke 4 yang juga bekas Presiden UMNO ke 5 Tun Mahathir Muhammad.

Tetapi semalam ketika membuat ucapan dasar Presiden Dato’ Seri Najib telah mengunci pungung mereka di kerusi, baik yang di atas pentas mahupun di barisan bawah tanpa boleh berganjak kerana mereka-mereka ini sedang di perhatikan bukan sahaja didalam dewan persidangan malahan siarannya turut di pancarkan di seluruh dunia.

Silap tingkah laku mereka akan mendapat malu sendiri tanpa di ajukan oleh sesiapa pun, malu akan datang kepada mereka jika berganjak, jadi suka atau tidak mereka kena duduk dan terima penjelasan dari Dato’ Seri Najib tanpa boleh di tapis-tapis lagi. Dato’ Seri Najib benar-benar mempamirkan dirinya seorang pejuang tegar kerana tidak lari bila berhadapan dengan masalah

“Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Itulah prinsip saya”. kata Dato’ Seri Najib.

Ramai dikalangan ahli parti manjangkakan bahawa Dato’ Seri Najib akan memecat timbalan dan juga naip prsidennya ekoran sudah tidak lagi dapat bekerja sebagai satu pasukan, Ternyata jangkaan tersebut melesit kerana Najib tidak menyebut soal pemecatan atau mengugurkan keahlian mereka tetapi sebaliknya membiarkan mereka berada di atas pentas dan didalam dewan agar mudah untuk Najib membuat perhitungan.

Ternyata rancangan Najib berjaya mengunci mulut-mulut dan langkah mereka yang sedang menyusun untuk menjatuhkan Najib pada Perhimpunan kali ini. Ternyata Najib berani berdepan dengan musuh-musuh nyata dan musuh dalam selimutnya tanpa berselindung, Najib membalas serangan mereka dengan bersaksikan setiap Ahli UMNO.

Ya, Najib telah membuktikan bahawa dirinya bukan seorang pengecut dan bacul, Beliau berani berdepan dengan mereka yang cuba mengkhianatinya dan mereka sendiri yang tertewas dengan langkah yang tersusun oleh Najib.

Ketika Ahli UMNO berdiri memberi memberi tepukan gemuruh untuk Najib, Ke dua pengkritik Najib yang berada di atas pentas kelihatan tidak berdiri mungkin mereka malu atau kerana sedang di perhatikan atau kita bersangka baik terhadap Muhyiddin dan Shafie kemungkinan sedang mengalami kekejangan urat kaki ketika itu.

Dato’ Seri Najib Presiden UMNO berjaya menghancurkan pengkritiknya dari dalam parti termasuk yang diluar parti. Boleh lah di katakan segala kritikan sudahpun di jawab, Najib berjaya membenam prasangka dan persepsi buruk yang di ujudkan terhadap dirinya.

Kini kita menanti saat berakhirnya perhimpunan UMNO pada hari ini, Dimana Dato’ Seri Najib akan membuat pengulungan terhadap perbahasan yang telah berlansung selama dua hari (untuk sesi perbahasan). Semoga semuanya baik-baik sahaja demi untuk Melayu, Islam dan Tanah Air.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.