Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

The Edge sahkan terima surat tunjuk sebab KDN

Kongsi maklumat ini
Tags

theedge.transformedKUALA LUMPUR: Kumpulan Media The Edge memohon lanjutan tempoh tujuh hari untuk menjawab secara terperinci surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan artikel mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ho Kay Tat, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata mereka menerima surat tunjuk sebab daripada KDN yang memberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan bertulis mengenai perkara itu. “Kami dituduh menyiarkan artikel mengenai 1MDB yang mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan. Kami juga dituduh bergantung kepada portal internet untuk artikel kami.
“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami berpegang kepada artikel yang kami terbitkan dan kami berhasrat untuk menyiarkannya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.