Kiriman pada: Sun, Jan 24th, 2016

Tiada bukti rasmi serpihan milik MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ05_220116_JPJLANGKAWI: Tiada sebarang kepastian mengenai bangkai pesawat yang ditemui di perairan Thailand, mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada Mac 2014. Justeru, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin mengenainya, bagi mengelak sebarang tekanan khususnya kepada keluarga dan waris penumpang yang hilang. “Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat rasmi sama ada ia ada kaitan dengan MH370…apa pun kita sudah arahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk dapatkan maklumat dan butiran daripada pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini, sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan objek di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat, di Thailand yang didakwa mungkin serpihan MH370.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.