Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Tiada Halangan Sesiapa Tubuh Parti Baharu

Kongsi maklumat ini
Tags

dgbdfSEREMBAN – Negara ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan tiada halangan untuk sesiapa menubuhkan parti baharu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata jadi terserah kepada sesiapa yang merasakan perlu ada parti baharu.

“Kita tidak boleh campur ataupun menghalang sesiapa yang berminat untuk menubuhkan parti baharu dan sebagainya. Bagaimanapun, penubuhan parti baharu itu
terserah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan Pas semalam melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai
Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penaja pergerakan itu ialah Mohamad Sabu dan antara anggota jawatankuasa interim ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.