Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

Tiada kehilangan RM4.3 bilion dari Felda dan FGV

Kongsi maklumat ini
Tags

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan yang agensi tersebut tidak kehilangan RM4.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh portal media tertentu semalam.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut dia mempunyai senarai bagaimana kesemua jumlah RM4.3 billion itu digunakan untuk pelaburan jangka panjang di dalam dan di luar negara.

“Tiada wang yang hilang. Dari RM6 bilion yang diterima semasa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, kita membelanjakan RM1.7 bilion untuk peneroka Felda bagi membayar setiap keluarga sebanyak RM15,000.”

“Baki sebanyak RM4.3 bilion untuk pelbagai tujuan. Felda telah membuat bayaran “one-off” kepada kerajaan negeri Sabah (RM300 juta), Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan untuk peneroka Felda RM400 juta, perbelanjaan mengurus RM883 juta dan pelaburan dalam hartanah di dalam dan di luar negara, membeli saham-saham dan beberapa perkara lagi.”

Shahrir membuat kenyataan tersebut apabila ditanya mengenai laporan oleh beberapa portal berita yang mendakwa kononnya RM6 bilion yang diterima oleh Felda selepas penyenaraian FGVH tidak dapat dikesan.

Katanya RM1.438 bilion dilaburkan dalam hartanah di Bukit Katil, Melaka pada nilai RM304 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86 juta), Apartmen Servis Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) dan saham Iris Corporation Berhad shares (RM110 juta).

Menurutnya, Felda juga membeli Felda Technoplant Sdn Bhd yang bernilai RM38 juta manakala jumlah kerugian terkumpul Felda adalah sebanyak RM108 juta, melibatkan Projek Transnovasi.

Menurut Shahrir, Felda juga telah membuat keputusan untuk menjual hotel yang dibeli oleh agensi tersebut di London pada harga RM548 juta pada tahun 2012. Jualan hotel ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Tugas saya adalah untuk memastikan wang yang dilaburkan oleh Felda adalah mengikut perancangan dan untuk memastikan pelaburan ini memberikan pulangan yang baik,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.