Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Tiada Kem Latihan DAESH Di Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

0219_Khalid_Abu_Bakar_840_577_100Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan tiada kem latihan kumpulan pengganas Daesh diwujudkan di Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan terdapat kem-kem latihan kumpulan pengganas di selatan Filipina yang menyatakan sokongan terbuka terhadap fahaman Daesh.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri majlis berkaitan ASEANAPOL di sini, mengenai kemungkinan wujud kem latihan Daesh untuk dewasa mahupun kanak-kanak di negara ini.

Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun mendedahkan sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Malaysia direkrut dan dilatih menjadi militan Daesh di beberapa kem di Syria dan Iraq.

Khalid seterusnya berkata usaha membawa pulang kanak-kanak berkenaan dilihat sukar kerana pemikiran mereka dilihat telah diracuni ideologi Daesh.

Namun, beliau berkata polis akan terus berusaha menghalang rakyat Malaysia yang merancang pergi ke negara seperti Syria untuk mendalami ilmu dan latihan berkaitan kumpulan militan itu di sana.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.