Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Tiada Kenaikan GST

Kongsi maklumat ini
Tags

fkgPutrajaya – Kerajaan tidak membayangkan sebarang kenaikan dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada peringkat ini, kerajaan mengambilkira kebajikan dan keupayaan rakyat.

“Saya tidak fikir rakyat mempunyai keupayaan untuk menyerap sebarang tambahan atau kenaikan GST…kenaikan GST tidak termasuk dalam perancangan…tidak dibincangkan,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan merancang untuk menaikkan GST selepas muncul sebagai penyelamat kedudukan ekonomi dan kewangan negara di peringkat makro.

Malaysia telah memperkenalkan GST pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun lepas.

Terdahulu, Najib mempengerusikan tiga mesyuarat iaitu bersama penganalisis ekonomi, peneraju industri dan anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan pengubahsuaian Bajet 2016.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.