Kiriman pada: Mon, Jan 9th, 2017

Tiada Kerjasama UMNO-Parti Amanah Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – UMNO tidak menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara bagi menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata UMNO hanya mengutamakan perjuangan mengukuhkan parti sendiri.

“Ini semua tanggapan tidak tepat. Kita (UMNO) sentiasa melihat dan jaga parti, Parti lain kita tidak campur.. dia punya pasal nak buat apa,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian Mega Pavilion Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah Pavillion, hari ini.

Tengku Adnan mengulas dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa parti serpihan PAS itu mungkin bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, tiada perhimpunan dibenar diadakan di Dataran Merdeka termasuk himpunan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dicadang PAS.

Bagaimanapun, beliau sedia memberi kebenaran jika PAS mahu menggunakan Stadium Titiwangsa sebagai lokasi berhimpun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.