Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Tiada laporan pelajar Malaysia di India terbabit aktiviti militan

Kongsi maklumat ini
Tags

IND01_190116_KELAB_MEDIANEW DELHI: Kebanyakan pelajar Malaysia di India berada dalam keadaan baik dari segi pencapaian akademik dan tiada laporan mengatakan mereka terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan militan. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad, berkata pada masa ini terdapat hampir 5,000 pelajar yang kebanyakannya berada di Karnataka, selatan India. “Kami sentiasa memantau mereka dan setakat ini tiada laporan atau aduan mengenai mereka daripada pihak berkuasa tempatan di sana,” katanya. Naimun berkata, baru-baru ini satu sesi dialog diadakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang berkunjung ke negara itu, mengingatkan agar pelajar menjauhi segala elemen negatif. Naimun berkata demikian kepada 42 wartawan Malaysia dan anggota Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang dalam lawatan lima hari ke India. – LAGI Rombongan itu diiringi penasihatnya, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akhmar Hisham Mohd Yusof. Kumpulan itu melawat China tahun lepas dan mereka kini dalam rangka lawatan ke New Delhi, Agra dan Jaipur di Rajasthan. Semasa lawatan ke Kompleks Suruhanjaya Tinggi di sini, mereka diberi taklimat mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan India serta penglibatan sektor swasta Malaysia dalam projek infrastruktur utama di India. Naimun turut berkata, kedua-dua pegawai Malaysia dan India sedang dalam perbincangan awal mengenai pembinaan sebuah pusat konvensyen di New Delhi. Mengenai pelancongan, lebih daripada 700,000 pelancong India melawat Malaysia tahun lepas dan membelanjakan hampir RM1.8 bilion.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.