Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Tiada lesen memandu, terus ke mahkamah

Kongsi maklumat ini
Tags

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencadangkan pesalah jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu sah terus didakwa di mahkamah, bukan lagi dikompaun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan keras itu bagi memastikan pengguna jalan raya mempunyai lesen sah dan tidak mengambil mudah tanggung jawab itu. “Banyak kemalangan maut dan yang menyebabkan kecederaan parah berpunca daripada mereka yang tidak mempunyai lesen. “Tindakan keras itu juga akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang membenarkan orang lain yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan mereka, contohnya ibu bapa yang memberi anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mess Pegawai Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.